Jangan pandang serong pesakit Covid-19.

“Sesiapa sahaja pun akan dapat jangkitan virus Covid-19, janganlah pandang serong dengan pesakit ataupun keluarga mereka.”

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi menasihati orang ramai untuk lebih prihatin terhadap mereka yang menghadapi penyakit Covid-19 dan juga ahli keluarga yang terpaksa dikuarantin.

Beliau menyatakan terdapat kes-kes di mana pesakit dan keluarga mereka terpaksa dikeluarkan daripada rumah untuk diletakkan di pusat kuarantin kerana terdapat gangguan stigma daripada masyarakat sekelling.

“Contohnya di Keningau…Kalau terdapat sesuatu kes jangkitan, jangan pandang serong atau diskriminasi dengan orang atau keluarga mereka.

“Mereka tidak minta untuk dijangkiti penyakit tersebut. Sepatutnya, kita patut lebih prihatin kerana kita mungkin juga jadi orang yang dijangkiti pada satu hari nanti,” Dr Christina berkata dan menyifatkan virus Covid-19 tidak memilih mangsa.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Pusat Kuarantin di Keningau adalah SOP normal.

Beliau juga menyatakan pengwujudan satu lagi pusat kuarantin merupakan prosedur yang biasa apabila terdapat kes positif baru, dimana pengasingan bukan sahaja perlu dibuat untuk pesakit tetapi juga untuk kontak rapat.

Pusat-pusat kuarantin juga digunapakai untuk mengasingkan mereka yang melanggar perintah “home quarantine” untuk memastikan suspek tidak menjadi sumber jangkitan semasa berjalan-jalan di luar.

Kes Covid-19 di Keningau melibatkan staf baru hospital.

Setakat semalam (April 9) , Keningau mencatatkan 4 kes termasuk kakitangan hospital. Pengesanan kes tersebut dibuat semasa kemasukan staf baru dalam perkhidmatan kesihatan di hospital Keningau.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.