Travel & Lifestyle

Mencari damai di Sungai Kibunut

TIADA rangkaian telefon selama beberapa minit sudah pasti meresahkan kita apatah lagi trending terkini apa saja dilakukan seperti satu kewajipan untuk dikongsi kepada rakan di Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai aplikasi sosial media lain.

Berbeza pula kalau berada di Kampung Kibunut, yang terletak di daerah Penampang. Walaupun tiada rangkaian telefon namun keseronokan ketika melakukan aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan-rakan di Sungai Kibunut mengatasi perasaan gundah selama beberapa jam tanpa gajet.

Keindahan sepanjang Sungai Kibunut yang jernih ditambah dengan pemandangannya yang mengasyikkan menyebabkan Kampung Kibunut yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Kota Kinabalu sebagai salah satu lokasi menarik yang boleh dikunjungi.

Kampung Kibunut menawarkan satu pengalaman yang semestinya tidak dapat dilupakan oleh sesiapa saja kerana selain dihidangkan dengan keindahan alam sekiranya, beberapa penduduk turut mengusahakan pelbagai produk pelancongan seperti inap desa untuk pengunjung yang ingin bermalam.

Menurut Pengerusi Persatuan Pelancongan, Homestay dan Produk Kampung Kibunut, Daria Madating, inap desa di kampung itu diusahakan dengan kerjasama daripada seluruh penduduk kampung terutamanya mereka yang mengusahakan inap desa.

Pengerusi Persatuan Pelancongan, Homestay dan Produk Kampung Kibunut, Daria Madating,

“Terdapat sembilan pengusaha inap desa di Kampung Kibunut dan masing-masing menawarkan pelbagai pakej kepada pengunjung yang datang berkunjung ke kampung antaranya inap desa untuk penginapan pengunjung, disediakan makanan tradisional Kadazandusun dan disediakan kemudahan bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti riadah di Kampung Kibunut.

“Ini adalah hasil kerjasama daripada penduduk yang terbabit mengusahakan produk di kampung kami dan kami di sini sedia menerima pengunjung dari luar atau dalam negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi, walaupun Sungai Kibunut dijadikan sebagai produk utama kampung mereka namun bagi menjaga kelestarian alam sekitar, beberapa perkara tidak dibenarkan ketika beriadah atau menginap di kawasan itu.

“Kami di sini mempunyai sungai yang ditagal (tidak dibenarkan untuk menangkap ikan) dan dari segi keselamatan juga amat diambil berat,” katanya.

Daria berkata, dengan kadar bayaran masuk serendah RM2, pengunjung boleh melakukan aktiviti riadah seperti mandi di sungai, melakukan aktivti hari keluarga atau majlis perkahwinan di kawasan berkenaan.

“Malah kita juga menyediakan pelbagai aktiviti termasuk ‘jungle tracking’ dan boleh mencuba produk yang dihasilkan di sini seperti madu kelulut, kraftangan dan pakaian tradisi.

“Kami juga menerima tempahan melalui pelbagai pakej yang ditawarkan bagi yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di kawasan ini yang bertemakan alam sekitar atau program hari keluarga juga kita sediakan di sini,” katanya.

0 comments on “Mencari damai di Sungai Kibunut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: