News

Bersedia menerima kepelbagaian antara satu sama lain, kata Ketua Menteri Sabah sempena Krismas

Selamat sejahtera.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada masyarakat Kristian di seluruh negara, khususnya di Sabah.

Hari ini rakyat daripada pelbagai anutan sekali lagi mengucap selamat, bukan sahaja dalam kalangan keluarga tetapi juga kepada sahabat dan rakan taulan yang beragama Kristian.

Meraikan apa juga perayaan adalah cara dan budaya kita di Sabah, yang penuh dengan kesepakatan dan semangat muhibah.

Kita sentiasa bersedia menerima dan menghargai kepelbagaian antara satu sama lain, menghormati keunikan adat dan budaya sehingga menjadikan perayaan Krismas ini lebih bermakna.

Kita perlu terus memupuk dan mengekalkan budaya saling hormat menghormati dan semangat toleransi yang tinggi bagi membolehkan kita menyambut pelbagai perayaan dalam suasana yang harmoni.

Janganlah kita berpecah, jangan berbalah, kerana kita semua orang Sabah, kita raikan kepelbagaian yang kita ada, dari segi kaumnya, budaya dan sebagainya. Pada akhirnya  kita tidak akan dapat membangunkan Sabah sekiranya kita berpecah.

Kita juga tidak boleh terpengaruh dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mewujudkan kebencian dan rasa tidak percaya kepada Kerajaan, kerana ia boleh menjejaskan pembangunan dan kemajuan yang telah kita kecapi.

Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat rakyat Malaysia  di Sabah terus kukuh dan bersatu padu terutama dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan.

Sebagai hadiah Krismas tahun 2019, saya juga telah mengisytiharkan penambahan  cuti satu hari untuk perayaan Krismas bermula tahun ini. Ia menjadikan cuti Krismas selama dua hari  iaitu pada 24 dan 25 haribulan.

Sesungguhnya, Kerajaan prihatin dan mengambil berat terhadap semua bangsa dan kaum di negeri ini, dan pemberian cuti tambahan ini adalah sebagai pengiktirafan sewajarnya buat masyarakat Kristian.

Sekali lagi saya, dan isteri saya, Datin Seri Panglima Hajah Shuriyani binti Shuaib, mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan kami yang beragama Kristian, di seluruh negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.