ESSCOM sifatkan kejadian KFR seperti pemainan ‘mouse and cat’

Kota Kinabalu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sifatkan kes penculikan untuk tebusan (KFR) yang sering berlaku di perairan pantai timur Sabah seperti permainan ‘mouse and cat’.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, biasanya KFR berlaku kerana mangsa leka menyebabkan penjenayah mendapat peluang.

“Perlu diingat mereka ini adalah penjenayah dan mencari mangsa yang boleh ditangkap.

“Jika ‘cat’ tidur, ‘mouse’ keluar dan jika ‘cat’ keluar, ‘mouse’ bersembunyi,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi ESSCOM, semalam.

Sehubungan itu, Hazani berharap warga maritim sentiasa berhati-hati ketika berada di laut khususnya di kawasan perairan sempadan.

“Saya minta warga maritim supaya terus melaporkan kepada pihak keselamatan terutamanya ESSCOM jika melihat aktiviti atau individu yang mencurigakan di kawasan perairan,” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.