Community News and current issues People

Kambing terselamat daripada jadi mangsa jual beli pencuri

Kota Belud: Empat pencuri terpaksa berputih mata apabila kambing yang dicuri mereka gagal dijual malah dicekup polis dalam satu operasi di Kampung Tempasuk semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, empat suspek berusia 30 hingga 56 tahun berjaya ditahan selepas kenderaan mereka naiki berjaya dipintas dan sebuah lagi terbabas ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan dibuat ketika sepasukan anggotanya menjalankan Ops Krismas dan ketika serbuan, empat suspek dipercayai sedang melakukan aktiviti jual beli bersama pelanggan.

“Mereka dipercayai cuba menjual tiga ekor kambing yang disyaki dicuri namun kemudian bertindak melarikan diri menggunakan dua kenderaan jenis Perodua Myvi selepas menyedari kehadiran anggota polis.

“Polis bertindak kejar dua kenderaan yang dinaiki suspek sehingga sejauh lima kilometer sebelum kenderaan pertama berjaya dipintas manakala sebuah lagi terbabas di Kampung Sembirai,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd Zaidi, kumpulan suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk terbabit kes curi lembu, tong gas serta pecah rumah di daerah itu sejak 2018.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

0 comments on “Kambing terselamat daripada jadi mangsa jual beli pencuri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: