News

Ibu dan kanak-kanak rentung di Tenom, Sabah

Berita yang amat menyedihkan di ambang tahun baharu 2020 apabila seorang ibu bersama tiga anak dan seorang lagi anak saudaranya rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Menara Pamilaan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, mangsa Khatijah Omar, 35 dan tiga anaknya Sapura Sudirman, 3, Zahid Sudirman, 6, dan Sakirin Sudirman, 9, serta anak saudaranya Adira Suhaili, 12, dipercayai terperangkap di dalam rumah mereka.

Suami mangsa yang dikenali sebagai Sudirman Hajar, 40, turut mengalami kecederaan melecur di kepala dan tangan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.46 tengah malam dan mengerahkan sebuah jentera bersama lima anggota dan pegawai Balai Bomba Tenom ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, kebakaran didapati membabitkan rumah jenis tidak kekal yang sudah terbakar sepenuhnya dan operasi pemadaman dijalankan bagi mengawal api merebak ke rumah berhampiran.

“Terdapat enam mangsa terbabit dalam kebakaran itu dan lima mangsa ditemui rentung oleh pasukan bomba manakala seorang mangsa cedera melecur di kepala dan tangan.

“Mangsa yang melecur sudah dihantar ke Hospital Tenom oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 1.25 pagi dan kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta Perodua Kancil.

Katanya, pihak Forensik JBPM masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam insiden itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.