Enam kertas siasatan dibuka sepanjang PRK Kimanis

Beaufort: Enam kertas siasatan dibuka sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis berlangsung setakat ini.

Kertas siasatan itu membabitkan beberapa kesalahan mengikut seksyen dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, antaranya seperti Seksyen 10(Sogokan) dan Seksyen 4A(1) (Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan) yang boleh disabitkan hukuman tidak lebih lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, kertas siasatan juga dibuka membabitkan kesalahan fitnah dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 SKMM(Multimedia),” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya lagi, berhubung permohonan permit sepanjang kempen PRK ini juga, sebanyak 181 permit dikeluarkan oleh pihak polis.

“Sebanyak 112 permit bagi permohonan dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan 69 permohonan permit dari Barisan Nasional (BN),” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.