Ikan liking Kota Belud bangkitkan selera makan

Kalau di Sarawak terkenal dengan ikan terubuk masinnya, di Sabah pula tidak kurang hebatnya terkenal dengan ikan masin liking.

Bagaimanapun , ikan liking ini biasanya boleh didapati di Kota Belud dan kalau berkunjung ke daerah ini, tidak lengkaplah sekiranya tidak singgah ke pasar Kota Belud atau Tamu Kota Belud untuk mendapatkan ikan liking yang dijual peniaga tempatan.

Bagi yang tidak mengetahui, ikan liking adalah salah satu produk tempatan ikan masin dan biasanya menggunakan ikan talang.

Ikan liking produk tempatan Kota Belud dan dijual oleh peniaga tempatan sendiri.

Prosesnya pembuatannya pula perlu menggunakan ikan talang segar supaya ikan liking yang dihasilkan berkualiti.

Ikan talang perlu diperam atau dijeruk dengan garam sebelum dijemur di bawah terik matahari sehingga kering.

Dijual serendah RM5 sehingga RM35 sekeping mengikut saiz dan mempunyai dua jenis iaitu pedas atau pun biasa.

Biasanya ikan liking ini digoreng begitu saja dan dimakan bersama perahan limau serta ditabur cili padi selain digunakan dalam campuran nasi goreng atau sayur-sayuran yang ditumis.

Baunya yang menusuk dihidung sudah pasti membangkitkan selera sehingga menyebabkan nasi bertambah terutamanya ketika dimakan bersama keluarga.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.