Layang Layang Hill Park lokasi baru untuk hiking

Terletak 27 Km dari pekan Tenom iaitu diantara lebuh raya yang menghubungkan Kemabong ,Tenom ke Sipitang di kawasan DUN Kemabong ,Layang-Layang Hill Park menjanjikan satu pengalaman baharu yang menarik bagi pengemar aktiviti mendaki.

Bukit  Layang Layang yang dijenamakan semula sebagai Layang-Layang Hill Park  berpotensi besar sebagai lokasi baharu aktiviti pendakian atau ‘hiking’ yang mampu mengamit kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara .

Selain keindahan alam dan faunanya yang diseliputi hutan dara (Hutan Simpan Gunung Lumaku)  pelbagai spesis tumbuhan seperti periuk kera,orked ,pokok pokok yang berusia lebih 100 tahun ,Layang-Layang Hill Park juga merupakan kawasan berhawa sejuk sekitar 22 darjah Celsius.

Ia sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan apabila berada dipuncaknya pengunjung dapat menikmati keindahan alam dan pemandangan yang mengkagumkan terutamanya ketika matahari mula terbit dan terbenam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong  Jamawi Jaafar ketika merasmikan pelancaran pembukaan rasmi Layang Layang Hill Park baru baru ini berkata, beliau  yakin kawasan tersebut akan berkembang maju sebagai satu lagi produk pelancongan berasaskan komuniti khususnya di kawasan Kemabong .

” Sebagai wakil rakyat di kawasan ini adalah menjadi matlamat saya bagi menjadikan Kemabong sebagai pusat pelancongan berasaskan Komuniti dimana Layang-Layang Hill Park yang  diurus  oleh Koperasi Kumalut Berhad,bukan sahaja memberi peluang  kepada pekerjaan kepada  penduduk tempatan, sekali gus  ia membuka peluang  baru sebagai sumber bagi penduduk setempat menjana ekonomi  melalui sektor ini” katanya.

Menurut Jamawi selain menambah baik kemudahan asas di kawasan ini usaha untuk mempromosikan kawasan ini sama ada melalui media cetak, media maya dan sebagainya perlu diperhebatkan agar masyarakat luar mengetahui lokasi dan keindahan kawasan ini terutamanya  pelancong dari dalam dan luar negara”

Sebelum itu, Jamawi bersama kira-kira 100 orang pengemar sukan mendaki, memulakan pendakian sekitar pukul 08.00 pagi dimana penyertaan yang bukan sahaja datangnya dari daerah Tenom malah peserta dari luar daerah.

“Kita percaya dengan sambutan sebegini, ianya suatu petanda yang baik untuk lokasi ini bakal mengamit kehadiran ramai peminat sukan lasak dan juga orang ramai datang beriadah bersama keluarga di sini.

Bagi pengemar aktiviti mendaki yang berkunjung di kawasan ini mereka boleh berhubung dengan Koperasi Kumalut Berhad di talian 011-33979823 dimana pelabagai pakej disediakan untuk mereka yang ingin berkunjung ke kawasan ini. 

Note: Kenyataan Akhbar daripada YB Jamawi Jaafar.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.