Community

Kekurangan bekalan topeng muka di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: Habis atau tiada stok. itu jawapan hampa setiap kali penulis bertanya topeng muka kepada jurujual di premis farmasi.

Tinjauan penulis di sekitar Kota Kinabalu dan Putatan mendapati, rata-rata farmasi kini menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan topeng muka.

Ia susulan penularan wabak coronavirus baharu (2019-nCoV) baru-baru ini dan didapati berlaku peningkatan penularan wabak itu di China serta negara lain termasuk Malaysia.

Panik dan bimbang wabak itu menular menyebabkan orang ramai mengambil inisiatif memakai topeng setiap kali keluar atau berada di lokasi tumpuan awam.

Disebabkan itu, bekalan topeng muka sejak beberapa hari lalu habis di pasaran.

Sehingga artikel ini ditulis, pemilik atau jurujual tidak dapat memastikan bila bekalan topeng muka dapat dibekalkan untuk pasaran.

Tamat

%d bloggers like this: