KEMABONG: Sekali lagi daerah ini khususnya Rundum Highland akan menjadi tumpuan orang ramai bagi menyaksikan bersama sambutan Ulang tahun ke-105 peristiwa Pemberontakan Rundum 1915.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata sambutan yang dijadualkan akan diadakan pada 19 April akan datang di Rundum Highlands.
Jamawi berkata, dalam catatan sejarah peristiwa ini telah berlaku pada tahun 1915 dan kini sudah 105 tahun ianya berlalu ekoran perjalanan waktu , ramai masyarakat khususnya generasi muda terlupa dengan peristiwa ini, justeru dengan adanya sambutan ini kisah dan semangat perjuangan Antenom atau nama sebenarnya Ontoros Buyusan dapat dikenang kembali.

“Peristiwa Pemberontakan Rundum telah berlaku kira kira 105 tahun yang lalu ramai dikalangan kita khususnya generasi muda tidak mengetuai kisah ini kecuali mereka yang cakna kepada sejarah, justeru dengan adanya sambutan ini dapat mengingatkan kita kisah kepahlawanan dan semangat perjuangan Antenom mempertahankan suku kaumnya (Murut)dari penindasan inggeris ketika itu ” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama sambutan tersebut di bilik mesyuarat Pejabat Daerah kecil Kemabong baru baru ini.
Menurut Jamawi meskipun pada tanggapan Inggeris ketika itu ,Antenom adalah seorang pemberontak namun dikalangan masyarakat tempatan khususnya suku kaum Murut beliau merupakan seorang pejuang melalui semangatnya menentang penjajah yang tidak berpuas hati dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) mengenakan cukai kepala kepada masyarakat Murut.
Tindakan SBBUB menangkap orang yang gagal membayar cukai menyemarakkan lagi kemarahan Antenom kerana ia dianggap melampau, selain penindasan kepada masyarakat Murut yang ketika itu yang bergantung kepada hasil hutan dan pertanian pindah.
“Sikap menentang ditunjukkan Antenom menyebabkan SBBUB gusar dan melabelkannya ‘anti-nomad’ atau ketua penentang tapi tidak dikalangan suku kaum Murut beliau merupakan seorang pejuang” tambah Jamawi
Berbagai acara akan diadakan sempena sambutan ini antaranya persembahan kebudayaan,pemeran bahan bahan sejarah Antenom dan yang lebih penting orang ramai boleh menyaksikan dengan lebih dekat kesan kesan sejarah peristiwa ini antaranya Kubu pertahanan,laluan perjalanan kuda inggeris, selain dapat menikmati keindahan alam dan fauana di kawasan ini.
“Acara lain turut diadakan sempana sambutan ini ialah Rundum Adventure Challenge akan diadakan pada 12 & 13 September 2020 bermula di dataran Kemabong hingga ke Puncak Rundum highlands” jelas Jamawi.
Nota: Kenyataan akhbar milik YB Jamawi Jaafar.