Musang King di Tenom

Tenom : Seluas 100 daripada 364 ekar Kampung Angalor akan dibangunkan untuk penanaman pokok durian jenis Musang King.

Projek tersebut merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah di bawah Projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di Tenom.

Menurut Menteri Pembangunan Luar bandar Datuk Ewon Benedick, satu jawatankuasa khas juga akan dibentuk untuk mengenalpasti keluasan tanah yang boleh digunakan untuk tanaman, tapak perumahan peserta, teres-teres tanaman musang king dan jalan raya serta jumlah peserta yang akan terlibat dalam program ini.


Beliau turut memaklumkan keutamaan dalam projek tersebut ialah penduduk Kg Batu dan Kg Angolor khususnya peserta yang pernah mengusahakan tanah berkenaan serta peserta daripada kampung-kampung berhampiran yang berdaftar dalam e-Kasih.

“Tahniah dan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong, Pejabat Daerah Tenom dan Pejabat Daerah Kecil Kemabong kerana telah banyak berusaha dan kita berharap projek ini dapat memberi maanfaat kepada penduduk dan sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, Adun Kemabong, Jamawi Jaafar menyatakan Mesej Kampung Angalor akan menjadi mercu tanda yang bukan sahaja dapat memberikan hasil terbaik kepada masyarakat, tetapi  juga memberikan pulangan hasil kepada penduduk kampung.

“Oleh itu, pihak kami bersama Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual akan sentiasa komited dalam memastikan segala projek pembangunan yang dibuat oleh kerajaan akan berjalan dengan teratur dan baik terutamanya khidmat kepada masyarakat Kemabong,” ujar beliau.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.