News (Bahasa) News and current issues People Politics

Sabah kekal pembangkang di bawah Kerajaan Persekutuan.

Kota Kinabalu :   Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan pendiriannya untuk terus menyokong kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, sekaligus kekal sebagai pembangkang di peringkat persekutuan.


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata akan terus bekerjasama dengan mana-mana kerajaan persekutuan dalam aspek kesihatan, pendidikan dan keselamatan demi kepentingan rakyat.


“Saya yakin dengan apa yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara dan saya juga telah memanggil beberapa pegwai persekutuan untuk meneruskan usaha-usaha pembangunan rakyat serta kerjasama G to G akan diteruskan,” ujarnya.


Ditanya mengenai projek-projek pembangunan yang memerlukan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah, malah akan meneruskan rundingan menuntut hak-hak Sabah dalam MA 63 seperti yang terkandung dalam manefesto pilihan raya yang lalu.


Mengenai video Shafie hadir ke kediaman Perdana Menteri Malaysia kelapan yang tular di laman sosial, Shafie mendedahkan video tersebut merupakan video lama sebelum berlaku penentuan pemerintahan negara.


“Saya yakin Tan Sri Muhyidin adalah kawan lama saya, malah saya telah memaklumkan kepada beliau tentang pendirian saya yang menyokong kepimpinan Tun Mahathir dan saya yakin dia (Muhyidin) faham.


“Nilai-nilai dalam ahli politik yang ada di negara ini, kita perlu tumpukan masa untuk membangunkan negeri dan kepentingan saya ialah Sabah dan rakyat Sabah.


“Saya tak boleh terlibat dengan banyak sangat politik yang berlaku di Semenanjung sehingga membantutkan kedudukan dan keadaan masa depan rakyat di Sabah,” kata Shafie dalam sidang medianya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah selepas mengadakan Perjumpaan dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah.

Artikel dan Gambar ehsan daripada Jabatan Penerangan Sabah.

0 comments on “Sabah kekal pembangkang di bawah Kerajaan Persekutuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: