Covid 19 dan industry pelancongan di Sabah.
Menurut Twitter mantan Menteri Pelancongan Datuk Masidi Manjun, kesan #covid19 ke atas ekonomi terutama Sabah semakin terasa.
“Dahulu penghunian purata (occupancy) hotel di Kota Kinabalu melebihi 85 peratus sekarang menjunam ke 20 hingga 30 peratus.
“Ramai kakitangan berhadapan dengan kemungkinan hilang kerja.
“Gedung membeli belah sunyi, restoran lengang, bas pelancong tersusun parkir,” beliau menjelaskan situasi di Sabah baru-baru ini.
Strategi-strategi untuk menarik pelancong.
Apabila ditanya oleh seorang netizen bahawa masih ada hotel yang kekalkan dengan harga jualan dan cadangkan diskaun diberi untuk tarik pelancong domestik, Masidi jawab hotel-hotel ada strategi pemasaran masing-masing.
“Yang pasti pelanggan akan memilih hotel penginapan yg menawarkan kadar & nilai tambah yg terbaik.”
Apakah yang perlu dibuat semasa ekonomi merosot?
Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan juga berkata walaupun beliau bukan pakar pengurusan kewangan, tetapi beliau pengalaman mengharungi krisis kewangan Asia 1997.
“Semasa itu, ramai peniaga yg kaya jatuh bangkrap atau rugi besar.
“Tanggungan pinjaman bank memberi pukulan KO kpd mereka.
“Pinjaman bank perlu dibayar tetapi perniagaan mereka tidak menjana keuntungan. Akhirnya aset seperti rumah, saham, kereta dll terjual.”
Untuk mengharungi saat-saat sukar sekarang, Masidi menasihatkan orang ramai untuk kurangkan perbelanjaan dan tanggung sebarang pembelian barangan yang melibatkan pinjaman bank.
“Elak berhutang. Jaga duit simpanan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ‘cash is king’.