Community

Pemprosesan Ikan Patin meningkatkan pendapatan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mempertimbangkan untuk membina sebuah Pusat Keusahawanan Desa (PKD) memproses ikan patin di Kampung Bukit Belacon Ulu Segama di sini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pengwujudan lebih banyak pusat keusahawanan di kawasan luar bandar penting bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan masyarakat kampung yang kebanyakannya mengusahakan pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan.

“KPLB Sabah mempunyai sejumlah peruntukan untuk membina pusat keusahawanan desa. Kos pembinaan setiap Pusat Keusahawanan Desa itu bergantung kepada keluasan dan jumlah bangunan yang boleh ditempatkan di pusat itu.

“Oleh itu saya meminta badan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau pemimpin di kawasan ini supaya mengenalpasti tapak yang sesuai untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Bersama Rakyat di Kampung Bukit Belacon, di sini, hari ini.

Mengenai masalah bekalan air di kawasan luar bandar, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, antara inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh KPLB Sabah ialah Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA).

“Kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMGM) untuk menerokai sumber air bawah tanah di kampung-kampung yang sering berhadapan dengan masalah bekalan air dan juga memperkenalkan inovasi rawatan bekalan air graviti.

“Program ini khusus untuk kampung yang berada jauh daripada capaian program retikulasi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS),” katanya.

Ewon berkata, KPLB Sabah telah memperuntukkan peruntukan awal sebanyak RM4 juta untuk Program BALBA dan Belakan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA) menggunakan peruntukan pembangunan sedia ada.

Pada majlis itu Ewon yang juga Naib Presiden Upko turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan parti itu.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Hj.Dumi Pg.Masdal, Ketua Upko Bahagian Silam Datuk Basari Sarikun, Setiausaha Perhubungan Awam Menteri Charles Dalansing, Setiausaha Politik Menteri Carlye Lajimin dan ahli-ahli Upko.

0 comments on “Pemprosesan Ikan Patin meningkatkan pendapatan di Lahad Datu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: