Persepsi terhadap Wanita perlu diubah-Janie Lasimbang

Sempena Hari Wanita Kebangsaan 2020, negara kita wajar memperbaharui semula ikrar dan komitmen terhadap isu-isu wanita, keperluan ibu dan isteri yang bersalin serta hak anak-anak kita, terutamanya anak perempuan.

Wanita semestinya diberikan rasa hormat yang selayaknya oleh semua lapisan masyarakat – termasuk ayah, adik dan abang serta suami mereka sendiri.

Justeru itu, perbuatan mengeksploitasi wanita sebagai sekadar objek tanpa menilai kemampuan dan hasil kerja mereka mesti dihentikan.

Kanak-kanak perempuan tidak lagi boleh dipaksa berkahwin kerana mereka sepatutnya berada di sekolah, bukan terperosok di rumah.

Wanita juga wajar diberi penghormatan penghargaan berasaskan pencapaian mereka dalam lapangan, bukan dihakimi dan dicerca berasaskan pemakaian.

Usaha untuk memperkasakan wanita sebagai pemimpin dan pembuat dasar di semua sektor harus diteruskan demi kesejahteraan masyarakat.

Pemimpin dan pembuat dasar wanita terbukti berkesan dan boleh menambah nilai kepada sesebuah negara.

Selain bertindak sebagai pembuat dasar dan kumpulan pelaksana, ramai para wanita juga berperanan sebagai ibu dan isteri.

Inisiatif penubuhan lebih banyak taska di sektor awam dan program tabungan seperti i-Suri misalnya, merupakan sistem sokongan yang amat baik untuk meringankan beban mereka.

Sempena Hari Wanita Kebangsaan 2020 dengan tema ‘Seimbang untuk Sejahtera’, Wanita DAP menyeru kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri, parti politik, sektor swasta dan ahli keluarga agar memperbaharui tekad dengan memberikan tempat yang selayaknya buat kaum wanita.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.