Kerajaan Sabah mungkin akan lanjutkan cuti sekolah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan pertimbangkan kemungkinan untuk melanjutkan tempoh cuti sekolah untuk kawal penyebaran virus Covid-19 di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata langkah tersebut merupakan salah satu cara untuk menangani krisis yang melanda dunia.

“Saya juga menyeru agar orang awam mengurangkan pergerakkan mereka.

“Bagi sektor swasta, pekerja-perkerja diharapkan untuk dibenarkan bekerja daripada rumah,jika boleh,” beliau berkata di satu kenyataan.

Setakat hari ini (March 15), seramai 49 orang daripada Sabah telah disahkan positif Covid-19.

Mengikut statistik Jabatan Kesihatan Negeri, 44 adalah warganegara manakala 5 adalah warga Indonesia.

Lahad Datu mencatat kes terbanyak (14), diikuti dengan Kota Kinabalu (9), Tawau (8), Kinabatangan (5), Tuaran (3), Putatan dan Sandakan( 2), Beufort, Kota Belud, Papar, Sipitang (1).

Pada peringkat awal, Kerajaan Sabah telah mengambil langkah pencegahan termasuklah memghentikan penerbangan daripada negara-negara yang terjejas.

“Usaha tersebut adalah untuk melindungi rakyat di negeri ini, Tetapi, kita sedar bahawa lambat laun Covid-19 akan merebak di Sabah, seperti yang dilihat di negara-negara lain.

“Minggu lalu, kes pertama melibatkan lelaki berumur 58 tahun dikesan. Pesakit tersebut merupakan salah satu daripada 300 ahli yang menghadiri perjumpaan tabligh di Seri Petaling antara Feb 29 dan Mar 1.

“Semenjak itu, pegawai kesihatan mengesan lebih banyak kes antara mereka yang hadir dan langkah-langkah mencari yang terlibat sudah dilakukan. Pihak berkuasa juga sudah ke tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai tercemar dengan virus”

Penutupan sementara juga telah dibuat di masjid-masjid dan surau-surau di mana terdapat kes positif Covid-19.

Mohd Shafie juga menyeru orang ramai untuk bertenang, bekerjasama dan mengikut nasihat daripada pegawai kesihatan, elakkan daripada melakukan perjalanan yang tidak penting.

“Kita boleh mengharungi ini sekiranya kita buat apa yang patut. Kerajaan juga akan mengambil tindakan yang sepatutnya.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.