Jangan ragu derma darah semasa PKP

Kota Kinabalu. : Masyarakat diseru untuk tidak ragu menderma darah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata para penderma darah digalakkan tampil menderma kerana terdapat kes-kes kecemasan dan pesakit Talasemia yang sentiasa memerlukan darah.

“Perkhidmatan tabung darah masih diperlukan untuk kes-kes kecemasan dan pesakit-pesakit talasemia yang memerlukan bantuan darah setiap masa.

“Kami faham ada kerisauan bagi mereka yang biasa menderma darah untuk datang ke hospital kerana mereka tidak mahu bercampur dengan pesakit-pesakit. 

“Oleh itu, ada beberapa agensi yang komitmen membantu kami dalam usaha ini antaranya Persatuan Bulan Sabit Merah dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). 

“Para penderma boleh datang sendiri ke tabung darah atau mengikuti program derma darah yang dianjurkan,” jelasnya.

Dr Chritina berkata demikian semasa ditemui media selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan peralatan daripada Yayasan Tun Jauhar, pagi tadi. 

Sumbangan peralatan PPE daripada Yayasan Tun Juhar

Pada majlis tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerima sumbangan 150 keping penutup mulut tiga lapis, 34 ribu penutup hidung N95 dan 1,000 pasang baju pelindung PPE. 

Turut menerima sumbangan adalah pasukan barisan hadapan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), masing-masing menerima 20 ribu keping penutup hidung tiga lapis.

Sumbangan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di Istana Negeri.

Dalam pada itu, Pengerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ), Kolonel Al Hambra Juhar berharap sumbangan ini serba sedikit mampu menangani masalah kekurangan bekalan penutup muka yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan.

Tambah beliau, YNJ juga sedang giat memberi sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan melalui kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah./PENERANGAN-

Kenyataan media dan gambar: Jabatan Penerangan Sabah.

Advertisement

One comment

  1. Dengan Rendah Diri Kami Meminta Para Sahabat Yang Dikasihi Sekalian Untuk Subscribe Channel Youtube Ihya Assunnah Solution
    https://www.youtube.com/channel/UCyC4FMCfTqhfqsSdw4qKe_w/videos

    Sebagai Tanda Sokong Usaha Berdakwah Di Jalan Allah SWT Dan Berkongsi Pahala Di Akhirat Sebagai Amal Jariah Setelah Kita Tiada Nanti.

    Takutlah Wahai Manusia Di Hari Dimana Tangan Dan Kaki Kamu Menjadi Saksi Di Hadapan Allah SWT Nanti.

    Mohon Like Page Pintu Ke Syurga :
    https://web.facebook.com/Pintu-Ke-Syurga-110968047089773/

    FIRMAN Allah SWT: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Surah Al-Hadid, ayat 21).

    Jutaan Terima Kasih Di Atas Kesudian Sahabat Melayari Laman-Laman Media Ihya Assunnah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.