Community People Travel & Lifestyle (Bahasa)

Pertandingan makeup artis online

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan oleh rakyat khususnya dalam menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana yang diminta oleh pihak kerajaan.

Mengambil pendekatan duduk rumah, Real Beauty turut menyokong usaha kerajaan dengan mengadakan pertandingan solekan bertemakan ‘Unduk Ngadau’ dari rumah.

Pertandingan Makeup Artist (MUA) 2020 bakal menyediakan platform buat anak muda yang berhasrat menceburi dunia kecantikan dengan menjadi pakar penghias wajah sambil bersaing mempertaruhkan bakat.

Uniknya pertandingan ini adalah pertandingan yang julung kalinya diadakan dan ini adalah bertujuan bagi memberi cabaran kepada juru solek dari seluruh negara, yang berpeluang untuk mempamerkan kemahiran solekan, walaupun dengan hanya melakukannya dari rumah.

Di sebalik kilauan glamor, siapalah artis tanpa jurusolek.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rejanah Bahanda berkata pertandingan ini terbuka bagi penyertaan sesiapa sahaja dan pelbagai hadiah menarik disediakan untuk para pemenang.

“Pertandingan dibuka untuk pendaftaran mulai 27 April sehingga 10 Mei dan pelbagai hadiah menarik kami telah sediakan untuk pemenang.

“Antaranya pemenang tempat pertama akan memperoleh wang tunai berjumlah RM2,000, tempat kedua pula RM2,000, tempat ketiga RM700, tempat keempat RM500 dan tempat kelima pula RM300,” katanya.

Pertandingan tersebut adalah dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian dan yuran komitmen bagi penyertaan sebanyak RM100 dikenakan untuk setiap penyertaan.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan borang anda secara dalam talian di http://form.jotform.com/real-beauty-unduk-ngadau-2020
atau boleh emelkan pertanyaan anda di alamat realbeautysb@gmail.com

0 comments on “Pertandingan makeup artis online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: