News

Bilik Gerakan SESB dibuka utk discount bil sempena PKP

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah bersedia untuk menerima pertanyaan daripada pengguna mengenai bil dan diskaun bil elektrik dengan membuka bilik gerakan yang akan mula beroperasi pada 4 Mei ini.


Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Norhizami Abu Hasan berkata pengguna yang mempunyai pertanyaan mengenai pemberian diskaun bil elektrik boleh menghubungi bilik gerakan SESB melalui talian 088-222 313, 223 313 dan 224 313 atau melalui aplikasi whatsapp 019- 852 5427.


Selain itu pengguna juga boleh mengajukan pertanyaan melalui e-mel komersial@sesb.com.my.


Norhizami berkata bilik gerakan ini akan beroperasi pada waktu bekerja iaitu bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Manakala itu, pengguna boleh menghubungi SESB Careline 15454, 088-515000 atau melalui aplikasi Whatsapp 019- 852 5427 selepas waktu pejabat.

Beliau menjelaskan semula bahawa diskaun sebanyak 28% diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan berkuatkuasa pada 1 April 2020 sehingga 30 Jun 2020, manakala 2% lagi adalah diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan berkuatkuasa bermula pada bulan 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.


Pemberian diskaun 30% sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah dan akan melibatkan seramai 500,000 pengguna domestik dengan bil bulanan RM500 ke bawah di negeri Sabah dan W. P Labuan,

Walaubagaimanapun pengguna dengan bil bulanan melebihi jumlah RM500 akan hanya menikmati diskaun sebanyak 2% bermula 1 April sehingga 30 September 2020.


Pengguna komersil dan industri juga turut menikmati diskaun sebanyak 15% dan ini melibatkan pengguna komersil dalam enam (6) sektor pelancongan iaitu hotel, agensi pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan melibatkan sejumlah 900 pengguna komersil.


Manakala itu, pengguna komersil dan industri daripada sektor yang lain akan menikmati diskaun sebanyak 2 % selama enam bulan dan memberi manfaat kepada lebh 99,000 pengguna.


Sementara itu, sejumlah 16,000 pengguna di bawah program Rebat Elektrik RM40 akan terus menikmati manfaat daripada rebat tersebut.


Diskaun bil elektrik ini adalah sebahagian daripada Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan bagi mengurangkan impak kesan oleh wabak Covid-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.