RANAU: Taman-Taman Sabah (TTS) akan membuka aktiviti pendakian kepada orang ramai bermula Sabtu ini.
Walau bagaimanapun, had pendaki akan dikurangkan kepada 100 berbanding jumlah sebelum ini adalah 168 untuk memastikan tiada penularan jangkitan Covid-19 semasa aktiviti-aktiviti luar dilakukan.
Pihak TTS juga hanya akan membenarkan warga tempatan ataupun pelancong yang memang sedia ada untuk membuat tempahan pendakian.
Harga permit masih sama iaitu RM50 untuk tempatan dan RM200 untuk warga asing.
Bagi tempoh enam bulan sehingga November, conservation fee atau yuran kemasukan diberi diskaun sebanyak 50 peratus.
Sebarang tempahan boleh dibuat di pejabat Taman Taman Sabah atau hubungi 088-523500.
Teringin sangat saya nak tawan puncak gunung Kinabalu …
LikeLiked by 1 person