Community Covid19 Education Entertainment Environment News (Bahasa) News and current issues Others People

Kes COVID-19 terbaru melibatkan lagi seorang pelajar Uni tempatan di KK.

KOTA KINABALU: Kes terbaru Covid-19 di Sabah melibatkan sekali lagi pelajar daripada universiti tempatan pada hari ini.

Pelajar tersebut dikesan melalui saringan dan sample yang diambil berdasarkan SOP Pengurusan Pergerakan Pelajar untuk Negeri Sabah yang dikendalikan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS).

UMS pada pagi semalam telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa semua pelajar di kampus Kota Kinabalu yang sepatutnya balik menggunakan jalan darat untuk kekal di universiti tanpa memberi penjelasan akan tindakan tersebut.

Identiti pelajar tersebut juga tidak dinyatakan dalam laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Menurut pengarah JKNS Datuk Dr Christina Rundi, SOP tersebut dibentuk untuk pengoperasian program khas ekoran kebenaran yang diberikan kepada pelajar di institusi pengajian untuk pulang ke daerah asal.

“Sejumlah 7,000 pelajar dianggarkan akan kembali ke tempat asal masing-masing dan bagi Negeri Sabah.

“Ini bermaksud pergerakan besar-besaran pelajar dari zon merah ke zon hijau dan kuning,” beliau berkata.

Setakat ini, sejumlah 1,612 pelajar telah diurus perjalanan mereka ke Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sarawak.

Manakala, sejumlah 1,048 pelajar telah dihantar pulang ke daerah asal mereka di Negeri Sabah.

Dr Christina menjelaskan lagi saringan dan pengambilan sampel untuk pelajar yang kembali ke Negeri Sabah juga sedang dilaksanakan di semua Pintu Masuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Dalam pada itu, hasil daripada pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian Home Quarantine di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, tiga (3) orang iaitu satu (1) pelajar di daerah Tawau dan dua (2) orang awam di daerah
Sandakan dan Penampang telah didapati ingkar perintah Home Quarantine.

“Pihak JKNS tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang ingkar perintah.”

Pada May 11, Sabah mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 10 kes selepas 3 minggu dengan rekod antara sifar dan 5 kes sehari.

Antara 10 kes tersebut, 2 merupakan pelajar universiti yang balik daripada semenanjung Malaysia.

0 comments on “Kes COVID-19 terbaru melibatkan lagi seorang pelajar Uni tempatan di KK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: