KOTA KINABALU: Kluster baru telah dikenal pasti apabila dua orang pelajar daripada sebuah universiti di negeri didapati positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi berkata dua pelajar tersebut merupakan penuntut di universiti yang sama dengan kes yang dilaporkan pada 12 Mei 2020.
“Susulan penemuan ini, terdapat satu kluster baru untuk Negeri Sabah di mana kumulatif kes setakat 13 Mei 2020 adalah tiga (3) kes.
“Kedua-dua kes telah dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan,” beliau berkata dalam satu kenyataan.
Dr Christina juga berkata aktiviti kawalan dan pencegahan di institusi tersebut masih giat dilaksanakan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.
Kemungkinan jangkitan daripada staff universiti
Petang tadi, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noorhisham Abdullah telah berkata jangkitan yang melibatkan pelajar berkemungkinan disebabkan oleh warga kerja universiti tersebut.