Bermula May 13, pelajar uni yang balik Sabah wajib kuarantin di pusat-pusat tersedia

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengwajibkan semua termasuk pelajar yang balik daripada luar negeri untuk menjalani kuarantin di pusat pengasingan.

Sebelum ini, kerajaan negeri Sabah telah mengumumkan kebenaran untuk 11,000 pelajar tanpa gejala untuk menjalankan home quarantine selepas masuk ke negeri.

Pengarah Datuk Dr Christina Rundi berkata arahan kuarantin tersebut mula berkuatkuasa pada 13 Mei 2020.

Setakat hari ini, 2 pelajar daripada semenanjung Malaysia telah didapati positif dan Sabah juga telah mengenalpasti kluster baru yang membabitkan 3 pelajar di universiti tempatan di Sabah yang sama.

“(Keputusan tersebut dibuat) ekoran daripada peningkatan kes di Negeri Sabah dalam beberapa hari ini yang melibatkan rakyat Sabah yang baru balik dari luar Negeri Sabah.

“Terdapat juga masalah yang dihadapi berkaitan kepatuhan kepada perintah Home Quarantine,” beliau berkata di satu kenyataan akhbar, dan mengulas perubahan kepada SOP perlu disesuaikan untuk membendung peningkatan kes. 

Antara SOP adalah keperluan untuk menjalani perintah kuarantin bagi semua individu yang masuk ke Negeri Sabah. 

“Mereka juga akan diarah untuk menjalani pengambilan sampel rongga hidung/tekak untuk ujian jangkitan COVID-19 samada di pintu masuk atau di fasiliti kerajaan yang berhampiran.  
 
“Semua individu seperti yang dimaksudkan di atas perlu dimasukkan ke Pusat Kuarantin yang telah diwartakan atau yang ditetapkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah dari masa ke semasa, selama 14 hari bermula dari hari ketibaan. 

“Semua individu akan diberi Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Kuarantin (Annex 14).”
 
Semasa berada di Pusat Kuarantin, sekiranya keputusan pengesahan didapati negatif, Pegawai Perubatan dan Kesihatan akan membuat penilaian kesihatan dan risiko. 

Sekiranya didapati sihat dan risiko jangkitan adalah rendah, pegawai tersebut boleh memberi kebenaran untuk melengkapkan baki tempoh kuarantin di rumah. 

Walau bagaimanapun, kebenaran untuk menjalani kuarantin di rumah adalah tertakluk kepada kesesuaian infrastruktur rumah dengan mengambil kira faktor kesesakan dan risiko jangkitan kepada penghuni yang lain terutama golongan berisiko.   
 
Selepas tamat tempoh kuarantin, Pejabat Kesihatan yang berkenaan akan mengeluarkan Borang Pelepasan Kuarantin (Annex 17).  Semua individu yang telah diberi perintah Home Quarantine, sekali lagi diingatkan agar terus menjalankan perintah ini dengan ketat dan penuh tanggungjawab. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.