Tangguh perjalanan balik Sabah, kata pengarah kesihatan negeri

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin menasihati orang ramai untuk menangguhkan penerbangan balik untuk mengelak daripada jangkitan Covid-19.

Pengarah Datuk Dr Christina Rundi berkata sekiranya sekiranya tidak dapat ditangguhkan, mereka diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka (face mask) pada setiap masa, mengamalkan hand hygiene dan etika batuk yang betul.

Mereka perlu memastikan saringan gejala dan suhu badan ada dibuat di pintu masuk.

Beberapa hari yang lalu, Sabah mencatatkan 10 kes import melibatkan dua pelajar, seorang kanak-kanak dan selebihnya mereka yang bekerja di semenanjung Malaysia.

Berikutan dengan peningkatan mendadak kes, pihak JKNS telah mengwajibkan semua yang masuk ke negeri Sabah untuk dikuarantinkan di pusat-pusat yang telah diwartakan sehingga 14 hari.

Manakala, berkenaan dengan kluster IPT Sabah, pihak JKNS masih lagi menyiasat dan melakukan aktiviti pencegahan di satu universiti tempatan di mana 3 pelajar didapati terkena jangkitan Covid-19.

“Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang bersama agensi-agensi berkaitan bertungkus-lumus memastikan pelajar yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu diurus dengan baik.

“Pengambilan sampel dan penilaian kesesuaian penempatan kuarantin telah dijalankan di Ibu Pejabat Daerah Polis Penampang.

“Selain itu, seramai 70 orang pelajar telah disaring dan pengambilan sampel telah dibuat di Kolej SIDMA, Penampang.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.