Walaupun dicemuh, Jab Kesihatan tetap dengan SOP kuarantin.

KOTA KINABALU: Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tetap dengan standard operating procedures (SOP) untuk kuarantin bagi kemasukan orang luar ke dalam Sabah walaupun dicemuh.

JKNS director Datuk Dr Christina Rundi berkata tindakan yang diambil oleh pihak JKNS mendapat banyak cemuhan dan kritikan oleh pelajar yang terlibat, ibu bapa mereka dan juga orang awam.

“Namun tindakan ini perlu, berikutan terdapatnya 10 kes positif yang disahkan pada 11 Mei 2020 dalam kalangan mereka yang balik ke Negeri Sabah.

“Daripada jumlah ini, dua (2) adalah pelajar IPT tempatan dan selebihnya mereka yang pernah bekerja di Semenanjung Malaysia,” beliau berkata di satu kenyataan akhbar.

Dr Christina juga berkata pihak JKNS juga telah menerima banyak aduan mengenai Pusat Kuarantin yang disebar luas melalui media sosial.

Semua pihak yang terlibat dengan pengurusan Pusat Kuarantin mengambil maklum mengenai aduan-aduan ini dan berusaha untuk membuat penambahbaikan.

“Pihak JKNS ingin mengingatkan semua yang terkesan bahawa Pusat Kuarantin yang ada di seluruh Negeri Sabah bukanlah dibina khas sebagai pusat kuarantin dan tidak sepatutnya disamakan dengan rumah sendiri atau hotel.

“Kebanyakan pusat Kuarantin merupakan asrama sekolah, tempat tinggal guru pelatih, rumah rehat kerajaan atau rumah PPR di mana tempat-tempat tersebut merupakan kediaman orang sebelum dijadikan pusat kuarantin,” beliau berkata lagi.

Seramai 7,482 penumpang yang terdiri daripada orang awam dan pelajar telah menaiki pesawat komersil memasuki Negeri Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejak Perintah Kawalan Perintah (PKP) Fasa 4 bermula pada 29 April 2020.

Manakala seramai 4,098 pelajar telah balik ke Negeri Sabah melalui penerbangan sewa khas untuk Program Jom Balik (Pergerakan Pelajar Institut Pengajian Tinggi – IPT) yang telah dilaksanakan sejak 06 Mei 2020.

Semua pelajar yang kembali ke Negeri Sabah perlu menjalani persampelan COVID-19 dan dikuarantin di Pusat Kuarantin.

Sekiranya keputusan ujian COVID-19 mereka negatif, maka mereka boleh dipertimbangkan untuk meneruskan baki tempoh kuarantin di rumah.

7

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.