Kerajaan negeri Sabah membawa semula pelajar IPT balik bermula hari ini

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membawa balik pelajar universiti-universiti daripada negeri lain bermula hari ini.

Pada 18 Mei, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob telah mengumumkan penangguhan penerbangan untuk 6,796 pelajar balik ke Sabah atas sebab kekurangan tempat kuarantin.

“Sukacita dimaklumkan bahawa penerbangan membawa pelajar balik ke Sabah akan beroperasi semula mulai 20 Mei dengan empat (4) penerbangan daripada Kuala Lumpur dan Sarawak yang akan membawa balik seramai 1,027 orang pelajar.

“Manakala pada 21 Mei, empat(4) penerbangan lagi melibatkan seramai 906 orang pelajar, ” beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar.

Penerbangan seterusnya dijadualkan pada 27 dan 28 Mei 2020.

Kekangan membawa balik semua pelajar.

Beliau menjelaskan kerajaan Negeri adalah ikhlas dan telah berusaha sedaya upaya untuk membawa balik semua pelajar sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan.

Namun di atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti keperluan untuk memenuhi Standard Operating Procedure (SOP) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan isu pusat kuarantin yang tidak mencukupi sebelum ini, maka hasrat ini tidak dapat direalisasikan.

Kerajaan Negeri amat tegas dalam memastikan pergerakan balik pelajar mengikut SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berikutan terdapatnya lima(5) kes positif di kalangan pelajar IPT setakat ini.

“Kepada pelajar yang belum sampai giliran untuk balik ke kampung halaman dalam jadual penerbangan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan, adalah diminta bersabar dan bertenang di tempat kediaman masing-masing.

“Adalah penting para pelajar semua balik ke rumah masing-masing dalam keadaan yang benar-benar sihat agar tidak menjejaskan keluarga masing-masing.

“Tak kan lari gunung dikejar, Kerajaan akan menunaikan komitmen untuk membawa balik para pelajar apabila giliran anda telah sampai.

Persampelan Covid-19 di Institute Pengajian Tinggi.

Dr Yusof berkata kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah bersetuju dengan cadangan agar semua pelajar Sabah di Institusi Pendidikan Tinggi menjalani persampelan COVID-19 terlebih dahulu sebelum kembali ke Negeri Sabah.

“Keputusan ini sesungguhnya merupakan jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan dan kesesakan Pusat Kuarantin di Sabah.

“Pelajar-pelajar yang balik dengan keputusan ujian COVID-19 yang negatif akan dibenarkan meneruskan baki tempoh kuarantin di rumah masing-masing.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.