Sabah Covid-19: 4 kes import, 2 jangkitan

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan enam kes Covid-19 termasuk 4 merupakan mereka yang balik daripada semenanjung Malaysia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan penambahan daerah yang melaporkan kes baru adalah Kota Kinabalu (4), Kinabatangan (1) dan Tuaran (1).

“Kesemua empat 4 kes yang dilaporkan di Kota Kinabalu dikategorikan sebagai kes import di mana mereka telah dikesan melalui sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Keempat-empat kes ini telah menaiki pesawat komersil dari Kuala Lumpur. Dua (2) kes tinggal di Selangor dan dua (2) kes lagi di Johor,” beliau berkata kesemua kes ini telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Kota Kinabalu.

Pada 18 Mei, mereka telah dimasukkan ke wad Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan selanjutnya.

Manakala, kes terbaru di daerah Tuaran merupakan seorang pesakit yang dirujuk oleh Hospital Tuaran dan disahkan positif COVID-19 semasa dimasukkan di Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Bagi kes terbaru untuk daerah Kinabatangan merupakan kontak serumah kepada kes positif sebelum ini.

Sehingga 18 Mei 2020, seramai 8,141 orang sedang menjalani perintah Home Quarantine dan seramai 2,828 orang sedang menjalani kuarantin di 47 buah Pusat Kuarantin di seluruh Negeri Sabah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.