Covid19

Kes import Covid-19 melibatkan seorang kanak-kanak

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan satu lagi kes import Covid-19 yang melibatkan seorang kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi berkata kes tersebut dikesan melalui sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa Kota Kinabalu.

“Kes merupakan seorang kanakkanak yang telah menaiki pesawat komersil dari Kuala Lumpur bersama ahli keluarga.

“Kes ini telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Kota Kinabalu. Pada 20 Mei 2020, kes telah dimasukkan ke wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut,”beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar.

Pihak JKNS ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi atas usaha memastikan “Program Jom Balik” pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dilaksanakan dengan penuh cermat dan efisien.

Antara usaha yang dilakukan adalah memastikan semua pelajar Sabah menjalani persampelan ujian COVID-19 sebelum dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

“Pada hari ini, pihak JKNS telah dimaklumkan terdapat beberapa kes positif dalam kalangan pelajar Sabah di IPT yang sedang menunggu giliran mereka untuk penerbangan balik.

“Pihak JKNS akan memastikan pengurusan kontak rapat kes-kes ini yang telah balik ke Negeri Sabah dilaksanakan dengan teratur.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.