Sabah membelanjakan RM2.7 juta bawa pulang pelajar IPT

Komitmen Kerajaan Sabah dalam membawa pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Semenanjung dan Sarawak terbukti dengan kesungguhan kerajaan menampung sebahagian kos penerbangan tersebut.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta bagi menampung sebahagian kos tambang pelajar-pelajar ini.

“Ketua Menteri dan Kerajaan Sabah memang mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar ini, atas sebab itu kita berusaha seboleh-bolehnya mengatur perjalanan pulang mereka ke Sabah.

“Kos penerbangan ini kita tanggung bersama dengan kerajaan persekutuan. Kita memperuntukkan sejumlah RM2.7 juta untuk membayar tambang pelajar IPT ini balik ke Sabah, memperlihatkan keseriusan kerajaan dalam memastikan anak-anak ini dapat pulang ke Sabah,” katanya semasa menyambut ketibaan pelajar IPT yang tiba di Sabah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.

Menurutnya, biarpun terdapat sedikit masalah sehingga berlaku kelewatan penerbangan pulang pelajar-pelajar ini, namun diharapkan pelajar dan ibu bapa faham akan masalah yang dihadapi.

Beliau berkata, masih terdapat 6,744 orang pelajar IPT di Semenanjung Malaysia dan Sarawak yang belum pulang ke Sabah dan sebahagiannya dibawa pulang hari ini dan esok.

Katanya, esok (21 Mei) ada empat lagi penerbangan terakhir sebelum Hari Raya Aidilfitri, manakala penerbangan seterusnya akan diteruskan pada 27 Mei sehingga 5 Jun ini.

Yusof berkata, secara keseluruhannya terdapat 32 penerbangan membawa pulang pelajar IPT dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke Sabah.

Katanya, kesemua pelajar ini dikehendaki menjalani pemeriksaan rapid test Covid-19 di kediaman masing-masing di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Hanya pelajar yang keputusannya negatif sahaja dibenarkan pulang ke Sabah.

“Apabila tiba di Sabah, pelajar-pelajar ini dibenarkan terus pulang ke rumah bagi menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Kita tidak lagi menahan pelajar di pusat kuarantin jadi, kita harap apabila berada di rumah, pelajar-pelajar ini mematuhi arahan kuarantin dan tidak keluar rumah dan berjumpa sesiapa biarpun semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan,” jelasnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.