Ingkar “home quarantine”, 2 individu di KK dimasukkan ke dalam pusat kuarantin

KOTA KINABALU: Dua orang awam yang ingkar home quarantine telah dimasukkan ke pusat kuarantin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi berkata dua kes tersebut dilaporkan di daerah Kota Kinabalu pada 20 Mei.

“JKNS menyeru mereka yang menjalani perintah Home Quarantine agar bersikap tanggungjawab dan mematuhi perintah tersebut.

“Ini merupakan usaha bersama memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19,” beliau berkata dalam satu kenyataan.

Setakat Mei 20, seramai 8,783 orang sedang menjalani perintah Home Quarantine.

Manakala, terdapat 3,207 orang sedang menjalani kuarantin di 53 buah Pusat Kuarantin di seluruh Negeri Sabah.

Sehingga 21 Mei 2020, jumlah kes COVID-19 bagi Negeri Sabah kekal 338 kes. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut tidak menggambarkan situasi sebenar kerana masih terdapat sampel yang akan diproses.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.