Saringan: 43 daripada 4,584 petugas kesihatan positif Covid-19

KOTA KINABALU: Seramai 43 daripada 4,584 petugas kesihatan yang disaring dikesan sebagai kesan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi menjelaskan saringan tersebut dijalankan ke atas anggota kesihatan, pengawal keselamatan dan kakitangan perkhidmatan sokongan di beberapa hospital berikutan kejadian kluster COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan.

“Pihak JKNS juga akan memperkenalkan perubahan kepada perkhidmatan sedia ada dengan menerapkan norma dan kelaziman baru.

“Sebagai contoh, Hospital Keningau telah melaksanakan perubahan seperti laluan khas untuk staf dan pelanggan, saringan dan pengisian borang deklarasi serta penjarakan sosial.

“Perubahan seperti ini akan menjadi SOP baru di fasiliti kesihatan di Negeri Sabah di mana fokus adalah untuk mengelakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang dekat),” Dr Christina menjelaskan di satu kenyataan akhbar dan menyeru kepada orang ramai untuk memberi kerjasama.

Selain itu, sebanyak 16,794 sampel telah diambil daripada penduduk di lokaliti-lokaliti berisiko yang melibatkan lapan (8) daerah di Negeri Sabah. Daripada jumlah ini, seramai 30 kes positif telah dikesan.

“Sistem Survelan amat penting dalam pengurusan penyakit kerana ianya memberi maklumat berguna seperti insiden, keterukan penyakit dan kadar kematian.”

Pada Mei 27, Sabah mencatatkan satu lagi pertambahan kes import di Tawau yang melibatkan seorang Wanita yang baru balik daripada Kuala Lumpur bersama ahli keluarga.

Pesakit telah ditempatkan di pusat kuarantin setibanya di Tawau dan pada Mei 26 dimasukkan ke wad hospital Tawau.




Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.