85 individu terkandas di Filipina selamat tiba di Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 85 individu selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu hari ini, setelah terkandas selama hampir tiga bulan di Filipina.

Mereka terdiri daripada 81 rakyat Malaysia and empat pasangan mereka. Kesemua mereka terkandas di Filipina apabila kerajaan negara itu menguatkuasakan sepenuhnya dasar ‘lock down’ berikutan ancaman wabak Covid-19 sejak 15 Mac.

Ini termasuk menutup pintu keluar masuk negara berkenaan.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof, dalam kenyataan akhbar, berkata kesemua individu dibawa pulang menggunakan pesawat C130 milik Angkatan Tentera Malaysia.

“Atas faktor keselamatan mereka yang terkandas, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri telah berunding dengan kerajaan Filipina untuk membawa mereka keluar dari negara berkenaan.

“Kerajaan Filipina akhirnya telah bersetuju untuk membenarkan repatriasi ini dilaksanakan pada hari ini,” katanya, sambil menambah usaha membawa mereka pulang itu turut diselaraskan oleh MKN negeri Sabah, Pusat Kawalan Operasi Bencana, dan beberapa agensi berkaitan.

Sh Sitti Saleha berkata semua 85 individu tertakluk kepada dasar semasa kerajaan Negeri di mana mereka akan diarah menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin yang ditetapkan.

Kesemua dokumen mereka telah melalui tapisan keselamatan oleh pihak polis, Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Pesawat C130 milik Angkatan Tentera Malaysia telah berlepas dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Zamboanga, Filipina. Pesawat itu tiba di Kota Kinabalu pada jam 4.55pm.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.