Bekalan darah berkurangan 60 % disebabkan wabak Covid-19

KOTA KINABALU : Penularan Wabak Novel Coronavirus 2019 (Covid 19) penyebab bekalan darah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) berkurangan sehingga 60 peratus.

Ketua Unit Perubatan Transfusi HWKKS Doktor Jamaludin Mail berkata pengurangan ini mula berlaku sejak bulan Mac.

“Pengurangan ini adalah yang paling serius akibat wabak Covid19 yang mula merebak pada pertengahan Disember 2019 lalu.

“Masalah ini adalah cabaran yang perlu dihadapi bukan sahaja oleh HWKKS malah seluruh Hospital di negara.”

Jangkitan pantas wabak berkenaan menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac menjadi ujian sukar kepada unit perubatan transfusi (Tabung Darah) HWKKS untuk mengekalkan bekalan darah mencukupi bagi merawat pesakit yang memerlukannya.

Jelasnya lagi, sepanjang pelaksanaan PKP akibat covid19, bekalan darah berkurangan 56 peratus pada bulan mac dengan kutipan sebanyak 426 pain berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 iaitu 967.

“Begitu juga situasi pada bulan April iaitu berkurangan sebanyak 46 peratus dengan kutipan 750 berbanding 408 pain pada 2020.

“Manakala pada Mei 2020, penurunan terus meningkat sebanyak 60 peratus jumlah kutipan dengan jumlah pendermaan sebanyak 280 unit berbanding jumlah pendermaan sebanyak 660 unit pada bulan yang sama tahun 2019. 

“Kekurangan ini menyebabkan tabung darah hospital menghadapi kesukaran untuk merawat pesakit terutama pesakit thalassemia serta pesakit-pesakit lain yang memerlukan rawatan segera atau kecemasan, jelasnya.”

Tambahnya lagi: “Kekurangan bekalan ini juga berikutan daripada para penderma merasa takut dan bimbang jangkitan wabak ini mampu berjangkit apabila mereka melakukan pendermaan darah.

“Impak Covid-19 ini turut menyebabkan 10 aktiviti kempen derma darah terpaksa dibatalkan dengan anggaran kutipan berjumlah 500 pain di beberapa lokasi di pusat perniagaan (shopping mall) yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan. 

“Sehubungan itu satu perbincangan telah diadakan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Sabah mencari alternatif dan kebenaran mengadakan aktiviti derma darah agar bekalan darah sentiasa ada dengan menguatkuasakan standard operation procedur (SOP) untuk keselamatan penderma.”

Bagi mana-mana syarikat atau pertubuhan yang ingin mengadakan Kempen Kesedaran Menderma Darah boleh menghubungi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ditalian 088-437184 atau email : unittabungdarahlikas@gmail.com atau menghubungi pegawai Seranta yang bertugas Yahya Bin Abdul Rajak di talian 013-3540390 untuk sebarang pertanyaan mengenai kempen derma darah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.