Community

Anak tempatan Kudat, antara wanita jurutera operasi LNG terapung Petronas

Ellfira Fanira Rusileh, 26, yang berasal dari Kudat di utara Sabah, merupakan seorang jurutera operasi di PFLNG Satu, sebuah kemudahan pemprosesan terapung gas asli cecair (LNG) yang pertama di dunia, milik PETRONAS.

Loji itu ketika ini beroperasi medan gas Kebabangan, kira-kira 90km ke arah barat laut Kota Kinabalu.

Perjalanan kerjaya yang membawa Ellfira ke PFLNG Satu dipacu oleh tiga faktor – minatnya terhadap matematik dan kimia, pencapaian baik di sekolah, dan tajaan pendidikan oleh PETRONAS untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dalam bidang Kejuruteraan Kimia.

Selepas tamat pengajian di UTP pada tahun 2017, Ellfira dipanggil untuk menjalani temuduga di Menara Berkembar PETRONAS di ibu negara.

“Saya agak gementar juga pada mulanya. Saya diminta menceritakan siapa diri saya dalam tiga perkataan. Saya jawab:  peramah, jujur dan komited.

“Mereka ingin tahu keperibadian saya dan juga nilai yang menjadi pegangan saya. Selepas itu, temuduga itu berjalan lancar dan menyeronokkan,” kata Ellfira, anak keempat daripada lima adik-beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan. 

Bapanya, seorang Dusun dari Kg Tagaroh di daerah jiran, Kota Marudu, bertugas sebagai kaktiangan awam manakala manakala ibunya, seorang Rungus dari Kudat, adalah surirumah.

Ellfira ditawarkan pekerjaan di PFLNG Satu tiga bulan selepas temuduga itu.

Bagaimanapun, sebelum memulakan tugas, dia ditempatkan terlebih dahulu di Malaysia LNG (MLNG) di Bintulu selama enam bulan pada November 2017 sebagai pendedahan kepada operasi loji LNG.

“Tempoh enam bulan itu seperti memasuki universiti untuk kali kedua, universiti untuk LNG.

“Saya ditugaskan bersama-sama dengan pasukan operasi, pengalaman yang banyak membuka minda saya mengenai operasi sesebuah loji LNG,” katanya.

Ketika itu PFLNG Satu masih beroperasi di perairan Kanowit, Sarawak. Ia kemudian dipindahkan ke medan Kebabangan di Sabah pada Mac 2019.

Direkabentuk untuk beroperasi di laut selama 20 tahun tanpa perlu dibawa ke limbungan kering, PFLNG Satu berfungsi untuk mengeluarkan, mencecair dan menyimpan gas asli di lokasi terpencil dengan kapasiti pemprosesan 1.2 juta tan LNG setahun.

Struktur mega itu mempunyai ketinggan 10 tingkat bangunan dan sepanjang 365 meter atau bersamaan dengan tiga kali panjang padang bola sepak, dan dibangunkan untuk kedalaman air antara 70 meter dan 200 meter. Operasinya menyokong portfolio LNG global PETRONAS.

Ia mempunyai 150 kakitangan yang bekerja mengikut giliran – bekerja mengikut syif selama 12 jam sehari selama tiga minggu di laut, diikuti tiga minggu rehat di darat. Perjalanan ke PFLNG Satu dari Kota Kinabalu mengambil masa 20 minit dengan helikopter atau dua jam setengah dengan bot.

Sebagai jurutera operasi, Ellfira bertanggungjawab memastikan loji itu beroperasi dengan cekap dan selamat. 

Sifat kembara membolehkan Ellfira menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang luar biasa. “Semasa di sekolah, saya mengikuti banyak aktiviti lasak seperti kadet tentera, kawat kaki, kawat bersenjata dan bermain futsal,” katanya.

Sokongan rakan sekerja membolehkannya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang mencabar.

“Mereka banyak membantu saya menyesuaikan diri. Mereka menganggap saya seperti ahli keluarga; semangat berpasukan amat tinggi. Mereka juga memberi panduan dan menggalakkan peningkatan kemahiran supaya kami dapat melakukan yang terbaik,” kata Ellfira.

Selain bekerja, kakitangan PFLNG Satu juga disediakan kemudahan rekreasi seperti gimnasium dan gelanggang futsal. 

“Bekerja di sini seperti satu pengembaraan. Ibu bapa saya pada mulanya agak keberatan sebab saya akan bekerja di tengah laut.

C”Tapi saya beritahu mereka, jangan risau, PETRONAS adalah tempat yang bagus untuk bekerja dan ia amat mementingkan keselamatan,” katanya.

JIka diberi peluang untuk membina semula kerjayanya, Ellfira berkata, dia tetap akan memilih kerjayanya sekarang.

Pada masa tertentu, ada kalanya Ellfira mengenang kembali masa kecilnya dan merenung ke arah laut, ke arah Kudat, tempat dia membesar. Di sanalah terletak pantai tempat dia bermain pasir, dan tempat dia merenung jauh dan tertanya-tanya – ada apa di sebalik horizon?

Dia kini tahu jawapannya – banyak perkara ada di sana sebenarnya, termasuk dirinya dan PFLNG Satu.

7 comments

  1. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah syabas kepada Cik.Ellfira Fanira Rudileh 26, yang berasal dari Kudat di utara Sabah.Dan pertama kali perempuan mendapat peluang belajar juruera operasi di PFLNG satu, Sabah kemudahan pemprosesan terampung Gas Asli Cecair ( LNG ) juga yang pertama di dunia milik PETRONAS Malaysia.Jadi, bagi generasi anak tempatan bangsa entik Rungus akan dapat berkongsi maklumat pengambilan peluang pekerjaan serta pengambilan pelatih kursus di petronas dengan bekerja keras menimba pengetahuan menjurus suatu ketika kawasan daerah Kudat wujud pemprosesan terampung Gas dan Minyak.Pernah di kaji oleh luar negara kawasan ada bahan mentah Minyak dalam jangka panjang.

    Like

  2. Tahniah dan terbaik kerana telah memilih kerjaya skrg. Semoga anda tabah dan terima segala dugaan dlm kerjaya yg diceburi. Sebagai seorang bekas perkerja Petronas, saya nasihatkan agar sentiasa menerima segala tunjuk ajar..teguran yg positif dari yg senior..ilmu dan pengelaman yg tidak akan dapat dari buku. “Work Safe..Stay Safe”. AZI.

    Liked by 1 person

  3. Syabas dan tahniah pada sepupu saya pn Rafiah binti Molubing@Molupin Dan suami. Tahniah juga buat anak perempuan satu satu nya. Teruskan kerjaya. Sangat bersyukur….anak buah sudah berjaya memperoleh kerjaya dalam hidup.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.