TONGOD, 19 Jun 2020: Insiden kebakaran menyayat hati apabila seorang warga emas rentung dalam kejadian di Kampung Namukon, Jalan Pinangah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Yang Gimbo, 76 tahun, rentung selepas dipercayai gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 malam menerusi talian MERS 999.
Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan terpaksa bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 170 kilometer.
“Setibanya di lokasi kejadian, api masih marak dan sudah memusnahkan lebih 80 peratus daripada rumah malang berkenaan.
“Terdapat seorang mangsa wanita warga emas rentung di dalam rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca dan anggaran kerugian dalam kejadian berkenaan.