Selepas video pelajar UMS Veveonah daripada Pitas tular menjawab peperiksaan secara talian di atas pokok, pelajar tahun akhir UPSI juga berkongsi pengalaman yang sama di laman sosial.
Dalam Facebook Rose Ed, pelajar tersebut juga memuatnaik gambar-gambar beliau membuat final year project di tengah hutan di Pakan, Sarawak.

“Setelah melihat video viral budak Sabah hari tu, hari ini saya terfikir mau guna idea beliau menggunakan kelambu untuk mencegah nyamuk.
“Hari ini 24 Jun 2020, selesai sudah presentation group online melalui system MyGuru.
“Sepatutnya presentation ini sudah selesai pd minggu lepas ttp tpksa dtunda krn diri ini gagal utk mghadirkn diri ekoran drp capaian internet yg sgt lemah di kwsn pedalaman.”

Rose berkata capaian internet di kebun getah adalah lebih baik daripada di rumah panjangnya.
“Walaupun kawasan kampung kami tidak mempunyai capaian internet tetapi terdapat juga beberapa kwsn disekitar yg dpt dkunjungi utk mncari internet spt kwsn berbukit, kwsn ladang sawit etc.
“Namun kwsn ini tidak sesuai utk dkunjungi setiap hari memandangkaan saya sendiri mempunyai jadual kelas yg penuh kecuali Selasa dan Ahad.
“Hari ini saya memilih tempat ini kerana dekat dengan kebun ayah dan selapas habis kelas, saya dapat menolong ayah baikpulih pondok di kebun utk kegunaan kelas online sy pd hari seterusnya.”
Sebenarnya, kampung Rose tidak jauh dari kawasan Pekan Pakan.
Namun, untuk pergi ke pekan memerlukan kos dan kenderaan yg baik utk ulang alik setiap hari.
“Saya kurang berkemampuan dan tidak mampu untuk pergi ke pekan setiap hari tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan.”
