Dua penagih dadah lelaki ditahan

PAPAR, 24 Jun 2020: Dua penagih dadah ditahan dalam operasi yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di sekitar kawasan Kinarut di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 30-an terbabit ditahan kira-kira jam 3 petang selepas dikesan positif dadah selain seorang daripada mereka didapati memiliki 0.05 gram dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) IPD Papar.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, kerana positif dadah jenis Methapetamine dan Amphetamine.

“Manakala seorang daripada suspek turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.05gram,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Batholomew berkata, kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.

Disamping itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini disarankan supaya memaklumkan kepada pihak PDRM, untuk tindakan segera.

Tamat

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.