Lelaki ditemui mati di kawasan kebun di Tuaran

TUARAN, 24 Jun 2020: Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati di sebuah kawasan kebun berhampiran Kampung Sungai Damit, di sini, hari ini.

Mayat mangsa dikatakan ditemui pemilik kebun berkenaan, kira-kira jam 9 pagi sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.

Ketua Polis Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim yang mengesahkan penemuan mayat berkenaan ketika dihubungi berkata, mayat lelaki terbabit ditemui berpakaian lengkap baju T dan berseluar pendek.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menemui kad pengenalan, kad bank dan wang tunai berada bersama badan mangsa.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dikesan pada tubuh mangsa dan mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Tuaran untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian mangsa dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.