Gaji staf kolej Yayasan Sabah dikurangkan separuh untuk 4 bulan

KOTA KINABALU, 25 Jun 2020 : Sebuah universiti kolej milik Yayasan Sabah akan mengurangkan gaji staf untuk empat bulan sebagai langkah penjimatan sementara.

Menurut naib canselor Dr Mohamed Haleem Mohamed Razi, langkah tersebut diambil untuk memastikan dana terhad mampu bertahan sehingga pengambilan pelajar pada bulan September.

“Pandemik Covid-19 merupakan sesuatu di luar jangkaan di mana banyak perniagaan yang terjejas teruk, UCSF juga tidak terkecuali daripada menerima kesan buruk akibat daripada situasi tersebut,

“Sama seperti sektor pelancongan, sektor pendidikan juga menghadapi keadaan merudum akibat daripada pengoperasiannya disekat, malah diburukkan lagi dengan kurangnya permintaan dari masyarakat,” beliau menjelaskan di satu memo.

Kurang pengambilan pelajar baharu.

Walaupun jutaan ringgit bantuan kewangan dan geran biasiswa diperolehi dari pelbagai agensi, hakikatnya, misi pengambilan pelajar baharu masih gagal.

Hanya 18 peratus daripada sasaran semester April dicapai.

“Berdasarkan dari dana yang terhad , bermula dari bulan June hingga September 2020, UCSF tidak mempunyai pilihan lain selain melaksanakan skema gaji sementara dengan membayar gaji setimpal dengan hari bekerja.

Pengurangan gaji dan hari bekerja, kemungkinan pemecatan staf selepas September

“Syarikat ingin mengumumkan semua staf bersetuju untuk menerima 50 peratus dari gaji kasar bagi tempoh 4 bulan dan jumlah bekerja adalah 20 jam seminggu atau bersamaan 3 harix 6 jam seminggu,” beliau berkata.

Untuk langkah penjimatan kos seterusnya, sekiranya gagal untuk meningkatkan kedudukan kewangan pada September 2020, syarikat akan mengurangkan jumlah staf yang aktif dan meletakkan sebahagian daripada staf di bawah program cuti tanpa gaji .

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.