Wanita maut diserang buaya

TAWAU, 25 Jun 2020: Seorang wanita warga asing berusia 50-an, maut selepas diserang buaya dalam kejadian di Sungai Tuda, Kalabakan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Nurhayati Talib, dikatakan mandi di sungai berkenaan sebelum secara tiba-tiba diserang reptilia berkenaan.

Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi berkataq, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 pagi.

Katanya, seramai lima anggota dikerah ke lokasi kejadian menaiki sebuah kenderaan utiliti Toyota Hilux.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian pada jam 1.45 petang, mayat mangsa sudah ditemui oleh penduduk kampung.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut tiba dilokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa dipercayai diserang reptilia berkenaan ketika mandi di sungai berkenaan.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.