KOTA KINABALU, 28 Jun 2020: Sabah mencatatkan 4 kes Covid-19 positif membabitkan kontraktor tapak binaan, banduan dan orang asing untuk tempoh masa dua hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata pada June 27, terdapat dua kes baru di Kota Kinabalu di mana seorang pekerja kontrak tapak binaan yang dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.
Seorang lagi merupakan wanita bukan warganegara dan dikategorikan sebagai kes import.
“Kedua-dua kes dikesan positif Covid-19 melalui ujian saringan sebelum bekerja dan telah dimasukkan ke wad Hospital Queen Elizabeth.
“Aktiviti kawalan dan pencegahan sedang giat dilaksanakan oleh pejabat kesihatan kawasan Kota Kinabalu,” beliau berkata di satu kenyataan media.
Pada hari ini, seorang banduan di Tawau didapati positif dengan jangkitan Covid-19 semasa saringan dibuat terhadapnya sebelum dilepaskan.
Daerah Nabawan yang sifar jangkitan sebelum ini mencatatkan kes pertama melibatkan seorang pesakit severe acute respiratory infections.
Setakat hari ini, terdapat 11 kes yang masih mendapatkan rawatan di hospital-hospital.