Lebih 5,000 PTI Filipina dihantar pulang mulai esok

KOTA KINABALU, 29 Jun 2020: Kerajaan akan menghantar balik 5,280 pendatang izin Filipina di Sabah mulai Jun 30.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sehingga kini kerajaan telah menghantar pulang sebanyak 672 pendatang tanpa izin Indonesia yang berada di negeri itu.

“Kesemua pendatang tanpa Izin berkenaan telah menjalani ujian saringan COVID19 dan disahkan negatif sebelum dihantar pulang,

“Sehingga kini, kerajaan telah menghantar lebih 2,500 pendatang tanpa izin pulang ke Indonesia manakala 4,200 orang lagi dalam proses untuk dihantar pulang.

Operasi Benteng mengawal ketat sempadan negara

Dalam usaha untuk mengekang kemasukan pendatang tanpa izin, katanya pihak berkuasa seperti polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus memperhebat Operasi Benteng untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi terutama di lorong-lorong tikus.

Sejak 1 Mei sehingga semalam, sebanyak 1,057 pendatang tanpa izin dan 188 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama di lorong-lorong tikus.

Sebanyak 63 individu yang disyaki penyeludup ditahan manakala 32 buah kapal disita.

Polis juga telah membuat 68 sekatan jalan raya Operasi Benteng dan memeriksa 36,896 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin terutamanya di lorong-lorong tikus.

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyeludupan masuk pendatang tanpa izin.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.