Ongkili gesa percepatkan penilaian kerugian akibat banjir kilat

KOTA MARUDU, 30 Jun 2020: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili menggesa ketua-ketua Jabatan agar mempercepatkan proses penilaian jumlah kerugian dan keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir kilat baru- baru ini. 

Beliau berkata sejumlah tujuh buah kampung di kawasan Parlimen P168 Kota Marudu telah terjejas.

” Diantaranya, Kampung Pancur, Kampung Taiwan, Kampung Taginambur, Kampung Pekan Lama, Kampung Marudu Laut Kampung Kandawayon dan Kampung Sungoi Laut,” katanya selepas mendengar taklimat situasi bencana di bilik gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu disini, pada 29 Jun.

Beliau seterusnya melawat  lokasi bencana banjir kilat di Kampung Sungoi Laut, salah satu kampung yang terjejas akibat banjir kilat.

Ongkili turut menggesa Jabatan Kebajikan agar mempercepatkan penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang telah kehilangan rumah dan  kerosakan harta benda. 

“Disamping itu, Pejabat Parlimen P168 Kota Marudu akan menyampaikan bantuan kewangan kepada dua buah keluarga yang kehilangan rumah mereka dan 25 buah keluarga yang mana rumah mereka mengalami kerosakan teruk akibat banjir kilat di Kampung Sungoi Laut,” katanya.

Borneo Echo / Ihsan Parti Bersatu Sabah

Hadir sama dalam lawatan tersebut, Ahli Dewan Negeri Matunggong Julita Majungki; Pengawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi; Ketua Persuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Roslan Wahab; Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggung Francis Chong; dan wakil-wakil Jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kerja Raya dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.