KOTA KINABALU, 2 Julai 2020: Seorang lelaki bukan warganegara didapati positif Covid-19 semasa saringan dibuat ke atas pesakit tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit tersebut telah menjalani pemeriksaan sebelum dimasukkan ke lokap Kota Kinabalu.
Sepanjang bulan lalu, Sabah juga telah melaporkan beberapa kes yang melibatkan warganegara asing termasuklah pekerja wanita di Pasar Penampang, pekerja ladang sawit di Mukim Pandiwan di Nabawan, orang kena tahan di Penjara Tawau dan Penjara Penampang, kanak- kanak bukan warganegara di Papar yang menerima rawatan di hospital Likas.
“Sehingga 2 Julai tengah hari, terdapat tiga kes baharu yang dilaporkan. Satu kes melibatkan warganegara adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Kedua-dua kes adalah penularan di dalam negara yang melibatkan bukan warganegara,” Dr Noor berkata di satu kenyataan media.