Sabah rancang pembangunan mega tepi laut RM7 bilion

KOTA KINABALU, 3 Julai 2020: Pihak Yayasan Sabah, hari ini, menandatangani perjanjian dengan Tegas Bangsa Sdn Bhd untuk perancangan projek pembangunan mega yang akan dibangunkan di kawasan Putatan.

Projek bernilai RM7 bilion itu akan dibangunkan di tanah milik Yayasan Sabah yang berkeluasan 391 ekar. Ia terletak di Kampung Meruntum, Lok Kawi.

Dengan berkonsepkan pembangunan bercampur, ibu negeri Sabah atau Putatan khususnya akan berubah menjadi destinasi pilihan dan pelaburan yang lebih menarik sekiranya projek dilaksanakan.

Ia akan melibatkan pembangunan komersil, pusat beli-belah, kondominium, dan taman tema.

Perjanjian itu ditandatangani oleh pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria, dan pengarah pembangunan perniagaan Tegas Bangsa Sdn Bhd Wee Seng Fatt dan penandatangan sah syarikat Jerrand Lim Jen Jiang.

Borneo Echo / Ihsan Jabatan Ketua Menteri

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang menyaksikan upacara penandatangan itu, berkata ini merupakan penandatanganan pembangunan pertama oleh Yayasan Sabah dengan sektor swasta dengan nilai RM7 bilion.

“(Pelaksanaan pembangunan) akan mengambil masa antara 12 tahun dan 15 tahun. Lokasi tanah untuk tujuan pembangunan ini juga strategik kerana berhampiran dengan laut dan beberapa pulau. Ia tentu akan menarik ramai pelabur, pembeli hartanah, dan pelancong.

“Saya yakin dengan kemampuan Tegas Bangsa. Mereka bukan sahaja mempunyai kredibiliti, tetapi kedudukan kewangan mereka kukuh. Dengan keadaan semasa, saya juga percaya (projek ini) membuka banyak peluang pekerjaan dan kontraktor kecil dapat menyumbang.

“Buat masa ini, rancangan pembangunan sedang dalam proses dan saya harap ia dapat dimulakan segera,” kata Shafie.

Sementara itu Jamalul berkata tanah yang akan dibangunkan terletak di kawasan laut dan pihak Yayasan Sabah akan berurusan dengan penduduk-penduduk setempat sekiranya tanah mereka terjejas

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.