Petugas kesihatan di pusat kuarantin KK positif Covid-19

KOTA KINABALU: Seorang petugas kesihatan didapati positif Covid-19 setelah tamat bertugas di Pusat Kuarantin Kota Kinabalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata staff tersebut pernah bertugas di pusat kuarantin tersebut selama sebulan sebelum kembali bertugas di tempat asal.

“Mengikut prosedur yang diamalkan oleh JKNS, semua yang ditugaskan di tempat berisiko tinggi dimestikan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

“Kes ini dikategorikan sebagai jangkitan tempatan dan kesemua kontak sekerja, serumah dan sosial telah dikenalpasti oleh pejabat kesihatan kawasan Kota Kinabalu,” Dr Christina berkata di satu kenyataan akhbar.

Pesakit tersebut, dimana beliau merupakan kes ke-376 di Sabah, telah dimasukkan ke wad Hospital Queen Elizabeth.

Setakat ini, terdapat 13 kes yang masih dirawat di hospital-hospital.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.