Warga Kementerian Perdagangan Sabah lafaz ikrar bebas rasuah.

Kota Kinabalu, 8 Julai 2020 – Kira-kira 70 warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah bersama-sama melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) semasa Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Bilik Seminar Melaka, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (KPKPS), Kota Kinabalu, Sabah.

Bacaan ikrar tersebut diketuai oleh Pengarah KPDNHEP Sabah, Encik Georgie Abas dan beliau seterusnya menandatangani dokumen IBR yang disaksikan oleh Tuan Karunanithy A/L Y. Subbiah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Georgie Abas dalam ucapan beliau memaklumkan kali terakhir Majlis IBR KPDNHEP Sabah diadakan adalah pada tahun 2017, dan memandangkan terdapat perubahan kepimpinan organisasi dan juga kehadiran warga kerja baharu maka adalah wajar ianya diadakan sekali lagi bagi menunjukkan komitmen semua dalam memerangi gejala rasuah.

Di samping itu, beliau mengingatkan para pegawai dan kakitangan KPDNHEP Sabah bahawa kejayaan KPDNHEP menjadi kementerian pertama membangunkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) pada tahun 2019 perlu diterjemahkan di peringkat negeri dari segi pengukuhan governans, integriti dan antirasuah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak SPRM Sabah atas kerjasama erat selama ini dan berharap hubungan baik tersebut akan berterusan. Pihak KPDNHEP Sabah juga sentiasa mengalu-alukan sebarang nasihat dan panduan daripada SPRM Sabah dalam menambahbaik proses kerja demi menutup sebarang ruang dan peluang penyalahgunaan kuasa dan rasuah.     

Dalam ucapan balas beliau, Tuan Karunanithy A/L Y. Subbiah menasihatkan semua penjawat awam agar sentiasa memelihara integriti masing-masing dan menjaga imej organisasi.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa Ikrar Bebas Rasuah yang telah dilafazkan pada hari ini hendaklah sentiasa menjadi amalan di sepanjang kerjaya sebagai penjawat awam.

Beliau juga memberi amaran bahawa pihak SPRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-sama penjawat awam yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Turut hadir adalah Puan Aini Awang Muda, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Sabah yang telah menyampaikan ceramah bertajuk “Etika Pengurusan Berintegriti”

Kenyataan media dan gambar ehsan kementerian perdagangan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.