Perkhidmatan bas ulang alik percuma untuk 50,000 penduduk Kiulu

TUARAN, 13 Julai 2020: Lebih 50,000 penduduk di Kiulu bakal menikmati perkhidmatan bas percuma secara ulang alik pekan Kiulu dan Tamparuli.

Program berkenaan adalah kerjasama antara Persatuan Pengusaha Bas Kiulu dan Persatuan Belia Kiulu dengan dana adalah daripada ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Kiulu, Peris Gasingul, berkata program berkenaan pastinya memberi manfaat kepada penduduk Kiulu khususnya yang ingin ke Tamu Kiulu pada setiap Selasa dan Tamu Tamparuli pada setiap Rabu.

“Ia juga dapat memberi manfaat dan meringankan beban petani-petani di kawasan Kiulu yang ingin menjual hasil jualan mereka pada hari tamu,” katanya.

Sementara itu, Madius berharap penduduk Kiulu akan memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan pengangkutan bas percuma itu.

“Saya juga akan berunding dengan persatuan pengusaha bas kiulu bagaimana membantu murid-murid asrama SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Tun Fuad Stephens yang memerlukan pengangkutan bas ekoran penutupan asrama sekolah berkenaan yang telah diisytiharkan tidak selamat oleh kerajaan,” katanya.

SMK Tun Fuad Stepehens
SMK Tun Fuad Stephens

Sementara itu, Ibu bapa kepada hampir 150 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens, di Kiulu, kini boleh menarik nafas lega selepas dua bangunan bagi menempatkan pelajar dari sekolah itu akan dinaiktaraf.

Perkara itu diumumkan Madius ketika membuat lawatan ke sekolah berkenaan, hari ini, selepas beliau menerima aduan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Baru-baru ini, asrama sekolah berkenaan telah diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berikutan keretakan yang berlaku di beberapa bahagian dalam serta luar bangunan itu.

Bangunan yang boleh memuatkan 350 pelajar berkenaan dibina pada 1981 dan SMK Tun Fuad Stephens juga adalah satu-satunya sekolah menengah yang ada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Sekolah berkenaan juga kini menempatkan sejumlah 1,250 pelajar.

Pengerusi PIBG sekolah itu, Koolin Kookkiong berkata, daripada 313 pelajar, seramai 142 masih belum mendapat kemudahan asrama dengan sesi persekolahan bakal bermula pada 15 Julai.

“Mereka adalah murid-murid yang memerlukan asrama kerana tinggal di kampung yang jauh dari sekolah, ada yang sejauh hingga 30 kilometer,” katanya.

Selain bersetuju memberikan peruntukan bagi menaik taraf dua bangunan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh memuatkan lebih 100 pelajar asrama, beliau juga bersetuju membantu 142 lagi pelajar yang belum mendapat penginapan atau keperluan bas pengangkutan percuma.

“Saya harap selepas ini beban ibu bapa dapat diringankan dan para pelajar yang terjejas dapat datang ke sekolah tanpa sebarang masalah,” katanya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.