Community

Yayasan Ikhlas sumbang 17,500 set PPE

KOTA KINABALU, 13 Julai 2020: Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah menyerahkan 5,000 set alat perlindungan diri (PPE) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi diserahkan kepada fasiliti-fasiliti kesihatan di bawah seliaan jabatan kesihatan negeri.

Majlis Penyerahan Set PPE ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah pada 10 Julai 2020.

Menurut pengerusi Yayasan Datuk Mohd Rosli Ramli penyerahan ini adalah dalam usaha membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 di Sabah dan Sarawak.

“BPMB telah memperuntukkan sumbangan bagi menghasilkan 17,500 sut PPE dimana 5,000 set diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan 12,500 set diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN Sarawak).

“Usaha ini dibuat atas perbincangan dengan JKNS dan JPBN Sarawak atas keperluan yang mendesak bagi alat perlindungan diri (PPE) secara berterusan untuk meningkatkan tahap keselamatan anggota kesihatan barisan hadapan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti pengurusan wabak di Sabah dan Sarawak,” beliau berkata di satu kenyataan akhbar.

Manakala bagi penyerahan 12,500 set PPE ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan dibuat pada pertengahan bulan Julai ini.

Dalam perkembangan yang sama, Yayasan Ikhlas turut menyalurkan sumbangan kepada lebih 5,000 keluarga asnaf yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung bermula 18 Mac 2020 sehingga Jun lalu. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk makanan dan keperluan asas turut disalurkan kepada golongan ini.

Jumlah keseluruhan sumbangan yang telah disampaikan sepanjang bencana COVID-19 sehingga hari ini adalah sebanyak RM1.74 Juta.

“Pihak Yayasan Ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menjayakan usaha murni ini.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.